Sunday, April 11, 2010

cont: web testing n web evaluation

Penilaian Formatif : untuk mempertingkatkan rekabentuk PBK.

Penilaian Sumatif : untuk menolong pengguna dalam memilih jenis PBK yang akan digunakan dan tujuan PBK tersebut.

Penilaian Iluminatif : merangkumi faktor kepentingan penggunaan yang tersembunyi dalam situasi tertentu.

Penilaian Integratif: untuk menolong pengguna dalam penggunaan PBK dengan sebaik mungkin.

PENILAIAN FORMATIF
-Dilakukan disepanjang proses pembangunan perisian

-Tujuan :
Menjamin pembangunan perisian supaya dapat memenuhi citarasa pengguna serta memenuhi objektif pembelajaran.

-Membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesebuah sistem yang dibangunkan.

-Dikendalikan oleh kumpulan pembangun perisian.

PENILAIAN SUMATIF
-Dilaksanakan di akhir projek pembangunan perisian.

-Penilai berminat untuk mengetahui serta memaklumkan kepada pembina/pengguna tentang apa yang baik dan kurang baik, apa yang perlu diubah @ dikekalkan.

-Tujuan
Membolehkan pihak yang membuat keputusan untuk menilai sistem itu berdasarkan cara pilihan, keberkesanan pencapaian @ kos/ keuntungan.

-Dikendalikan oleh penilai luar projek.

Teknik Melaksanakan Penilaian Formatif
1. Pemerhatian
2. Temubual
3. Soal selidik
4. Pengambilan bahagian oleh pengguna
5. Kumpulan fokus
6. Pemanduan dalam perisian
7. Penilaian dengan menggunakan Pensil & Kertas
8. Penilaian pakar
9. Penilaian penggunaan

Teknik Melaksanakan Penilaian Sumatif
-Penilaian pada keadaan sebenar
-Teknik soal selidik, pemanduan dalam perisian & penilaian pakar

No comments:

Post a Comment